Wednesday, 8 July 2009

PETUA KESIHATAN

SUPAYA MEMUDAHKAN TIDUR/MEMPERCEPATKAN/LENA

MENURUNKAN DARAH TINGGI DEMAM BIASA SAKIT KEPALA SENGAL SENDI

SELSEMA


SUARA SERAK

BATUK/LELAH/SEMPUT

SAKIT GIGI

BENGKAK GUSI

GUSI BERDARAH

DEMAM CAMPAK

Friday, 22 May 2009

KOLEKSI PETUA

Petua-petua di bawah ini adalah petua turun temurun yang diceritakan oleh rakan-rakan. Aku kumpul dan compile jadi satu, senang nak rujuk kemudian hari. Mungkin ada yang dah pernah mengamalkannya. Apa salahnya kita berkongsi.

Sebelum aku teruskan, ada satu pesanan. Kalau tak yakin, jangan ikut. Petua-petua ini tidak mendapat pengiktirafan dari badan-badan kecantikan dunia. Hanya mendapat ‘pengiktirafan’ dari nenek moyang sahaja. Amalkan di bawah risiko anda sendiri.

Kurangkan peluh di wajah
Basuh wajah hingga bersih kemudian lap hingga kering. Seterusnya ambil ketulan ais dan lumurkan ke wajah anda hingga beberapa minit. Tunggu sehingga kering dan kenakan solekan pada wajah seperti biasa. Peluh di wajah akan berkurangan dan wajah anda kelihatan bersih berseri-seri.

Buah pinang atasi kegemukan
Masalah gemuk dan badan berlemak memang merunsingkan. Ada cara untuk mengatasinya. Buah pinang mudaƂ yang lembut dibelah dua lalu dicuci sebersih-bersihnya. Masak air dalam belanga. Rebus pinang muda hingga mendidih. Biarkan air rebusan pinang muda sejuk sebelum meminum airnya. Kesannya anda rasa lebih mudah membuang air besar dan semua lemak di dalam perut akan keluar melaluinya.

Melembabkan wajah
Sepotong tembikai yang masak dan sejuk diperah untuk mendapatkan jusnya. Tapis dan simpan jus tembikai di dalam bekas. Pupuk perlahan-lahan hampas tembikai ke seluruh wajah dan leher. Biarkan sehingga kering lalu percikkan sedikit air sejuk. Petua ini dipercayai dapa melambatkan proses penuaan dan menjadikan kulit awet muda.

Nenas putihkan kulit
Ambil bahagian dalam nenas yang keras (palu) lalu digosokkan pada kulit badan. Bilas tubuh sebersih-bersihnya. Amalkan setiap pagi dan petang. Insya-Allah, kulit akan menjadi putih dan berseri.

Rambut selembut sutera
Untuk memperolehi rambut selembut sutera serta mudah disisir, amalkan cara ini. Sekiranya anda bercadang membasuh rambut pada keesokan hari, lurutkan rambut dengan minyak bijan sebelum tidur. Keesokan harinya syampu rambut dan bilas sehingga bersih. Lap rambut anda sehingga kering lalu dirapikan dengan menggunakan minyak bayi atau minyak zaitun. Jika anda berambut lurus, anda boleh menyikat terus rambut anda sebaliknya bagi anda yang berambut kerinting biarkan seketika barulah disikat agar rambut tidak terputus dan bercabang.

Hilangkan bulu ketiak
Tumbuk lumat 15 biji jintan putih bersama lima butir kapur barus. Campurkan sedikit minyak tanah lalu disapukan pada bahagian ketiak. Lakukan beberapa kali. Insya-Allah, bulu ketiak akan hilang selepas mengulanginya beberapa kali.

Kulit cantik dan putih
Inginkan kulit cantik dan putih? Anda boleh lakukan sendiri di rumah tanpa perlu ke salun kecantikan. Caranya sangat mudah iaitu dengan hanya mengisarkan 1 cawan kelopak bunga mawar, 1 cawan kelopak bunga melur, 1/2 cawan oatmeal, 1 cawan susu putih, dan 1/2 cawan badam sehingga halus. Campurkan bahan yang telah dikisar ke dalam air mandian dan mandi seperti biasa. Seterusnya bersihkan tubuh anda dengan menggunakan air suam.

Selamat mencuba! :)

TIPS MASAK PULUT KUNING

Tip Memasak Pulut Kuning PDF Print E-mail
(35 votes)
Tuesday, 22 July 2008

Image

Rendamkan pulut semalaman agar elok kembangnya. Campurkan beberapa keping asam gelugur atau air kelapa, agar pulut kelihatan berkilat setelah dimasak.

Untuk mengelak pulut cepat basi, perah santan menggunakan air suam. Kemudian panaskan santan dengan garam. Tetapi jangan sampai mendidih.

Didih kukusan terlebih dahulu. Untuk mendapatkan pulut yang wangi, siat-siatkan daun pandan sebelum tanak atau mengukus.

Gaulkan santan dengan pulut ketika pulut masih panas, agar tidak melekat.

MENGHILANGKAN HANYIR IKAN SEMBILAN

Menghilangkan hanyir ikan sembilang PDF Print E-mail
(8 votes)
Tuesday, 22 July 2008

Image

Ikan sembilang yang disiang hendaklah dilumur dengan garam halus bersama limau purut. Masukkan sekali kulit limau dan gaul sekali dengan ikan. Kemudian cuci dengan air bersih. Apabila hendak menggoreng atau menyalai ikan, perah air limau purut, garam dan kunyit kerana ia boleh mewangi dan menyedapkan lagi ikan sembilang.

ATASI SINKI TERSUMBAT

Atasi sinki tersumbat PDF Print E-mail
(16 votes)
Wednesday, 27 August 2008
Sebenarnya garam kasar boleh berfungsi sebagai bahan pelarut bagi sisa-sisa yang tersumbat dalam saluran sinki. Masukkan garam kasar ke dalam lubang sinki dan kemudian curah dengan air panas. Pasti sisa-sisa tadi akan larut.

CUCUR PISANG CANTIK DAN SEDAP

Cucur pisang cantik dan sedap PDF Print E-mail
(25 votes)
Wednesday, 27 August 2008
Untuk mendapatkan cucur pisang yang cantik dan sedap, seeloknya pisang dikisar bersama gula sebelum diadun bersama tepung. Kemudian tutup dan biarkan adunan selama lebih kurang empat jam sebelum digoreng. Selain itu adunan tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk.

KILATKAN TEMBAGA

Kilatkan tembaga PDF Print E-mail
(5 votes)
Wednesday, 27 August 2008
Jika anda mempunyai barang antik atau perhiasan daripada tem­baga, usah risau untuk mengilatkannya. Ia dapat dikilatkan hanya dengan kos yang lebih rendah. Caranya, ramas asam jawa de­ngan air dan gosok menggunakan kain kepada barang tembaga. Basuh dan keringkan tembaga tersebut, pasti bahan tembaga tadi berkilat dan bersinar.

HILANGKAN KEGATALAN BADAN

Hilangkan Kegatalan Badan PDF Print E-mail
(25 votes)
Wednesday, 27 August 2008
Ramai yang tidak tahu bahawa daun belimbing buluh boleh menghilangkan kegatalan pada badan. Ambil 10 atau 15 daun belimbing buluh dan rebus selama 20 minit. Kemudian ambil airnya dan campurkan dengan air sejuk. Kemudian gunakan semasa mandi.

CARA MENYIMPAN GULA MELAKA

Cara Menyimpan Gula Melaka PDF Print E-mail
(9 votes)
Thursday, 28 August 2008

Image

Lebihan gula melaka yang kita guna lama-kelamaan akan lembik dan berair. Untuk menjadikannya tahan lama dan keras, masuk­kan kepingan-kepingan gula melaka di dalam tin yang berisi biskut tawar. Hasilnya, gula melaka itu akan tahan lebih lama.

LEMBUTKAN JAGUNG REBUS

Lembutkan Jagung Rebus PDF Print E-mail
(11 votes)
Thursday, 28 August 2008

Image

Bagi mendapatkan jagung rebus yang lembut anda tidak perlu mencampurkan garam dalam rebusan jagung. Garam akan menjadikan jagung anda keras. Seeloknya, semasa hendak makan jagung rebus, sapukan mentega dan taburkan lada sulah sedikit. Tentu jagung rebus itu akan lembut dan sedap dimakan.

ELAKKAN WARNA HITAM PADA PERUT LEMBU

Hilangkan Warna Hitam Pada Perut Lembu PDF Print E-mail
(6 votes)
Thursday, 28 August 2008

Image

Jika mengalami kesulitan menghilangkan warna hitam pada perut lembu, mudah sahaja. Hanya dengan menaburkan kapur sirih dan kemudian kita kikiskan. Kemudian cuci bersih, perut lembu tadi akan berubah menjadi putih. Untuk ia lebih cepat empuk, rebus de­ngan sedikit garam.

ELAKKAN KELAPA MUDAH BASI

Elakkan Kelapa Mudah Basi PDF Print E-mail
(15 votes)
Thursday, 28 August 2008

Image

Untuk memastikan kelapa yang telah diparut tahan selama satu hingga dua hari ia perlu dikukus terlebih dahulu selama 10 minit. Setelah siap, masukkan ke dalam peti sejuk. Insya-Allah, kelapa itu akan tahan lebih lama.

PETUA LAMBATKAN DAGING BERBAU

Petua melambatkan daging berbau PDF Print E-mail
(8 votes)
Tuesday, 07 October 2008

ImageSekarang peti sejuk menjadi tempat menyimpan makanan segar yang baik untuk memelihara kesegarannya. Apa akan jadi kalau tiba-tiba peti ais rosak dan kita ada banyak daging yang belum dimasak? Pasti akan berbau kan kalau disimpan lama sangat?

Ini ada salah satu petua untuk mengelakkan daging menjadi busuk. Orang dulu-dulu mana ada peti ais kan. Kalau mahu melambatkan daging menjadi busuk dan segar tanpa peti ais, bolehlah menaburkan gula ke atas daging tadi. Mahu gaul pun boleh juga.

Apabila mahu dimasak, basuhlah daging tadi dan ia akan jadi seperti daging segar. Tapi petua ini untuk menyimpan daging beberapa hari sahaja. Kalau terlalu lama, pasti daging yang disimpan itu akan berbau juga.

RAHSIA SIHAT DI DAPUR

Rahsia sihat di dapur anda PDF Print E-mail
(33 votes)
Wednesday, 12 November 2008
Pernahkah kita dengar pesan orang tua-tua perihal dapur? Ada yang berpendapat dapur seelok-eloknya terlindung daripada pandangan semasa kita melangkah masuk melalui pintu depan.
Image
Dapur yang kemas
Image
Nyaman mata kalau tersusun rapi.


Pasal apa agaknya? Kalau difikir sekali imbas agaknya kerana tidak elok pemandangan kalau dapur kita dilihat semasa ada tetamu.

Manalah tahu kut-kut ada tetamu yang cerewet dan tak lalu minum kalau kelihatan dapur kita sedikit berkecah atau tidak tersusun kemas.

Tidak elok juga pemandangan kalau anak dara yang sedang memasak di dapur dilihat pula oleh tetamu. Elok sungguh kalau ruang dapur kita tertutup.

Bagi rumah besar mungkin tak ada masalah nak menutup ruang dapur. Tapi bagaimana pula dengan apartment yang selalunya ruang dapurnya terbuka? Pandai-pandailah menyusunnya.

Bagi yang percaya kepada feng shui, susun letak ruang dapur juga diambil kira. Kononnya ada kaitan dengan kesihatan. Dapur dikatakan punca kesihatan. Betullah, kalau kita memasak masakan berkhasiat akan sihatlah badan kita, kan?

Pengamal feng shui juga mengharamkan dapur terlalu dekat dengan pintu depan atau pintu belakang kerana energi akan mudah hilang semasa kita memasak.

Makanan yang kita makan memberikan tenaga, maka makanan haruslah disediakan dalam suasana yang baik dan bersih. Prinsipnya mudah, kalau nak makanan berkhasiat mestilah menjaga kebersihan.

Tip susun letak dapur yang baik
Image
Berselerak dan sakit mata memandang.


Untuk memastikan penyediaan makanan dalam keadaan sempurna, dapur harus memiliki kecerahan lampu mencukupi, tidak terlalu malap. Kalau lampu terang kita akan mudah nampak kotoran pada sayuran dan sebagainya.

Untuk ketenangan semasa di dapur, janganlah hias dapur terlalu sarat. Cukuplah sekadar hiasan ringkas dan mencukupi keperluan.

Bahagian memotong seeloknya biarlah di bahagian penjuru. Mungkin ia boleh mengelak kemalangan kalau ada lebih seorang di dapur.

Bunga segar juga boleh memberi tenaga selain mencantikkan ruang dapur kita. Jadi hiaslah dapur dengan bunga hidup di atas meja atau pun di mana-mana sudut yang sesuai.

Pemilihan warna juga memainkan peranan dalam membangkitkan rasa nyaman di dapur. Jadi pilihlah warna yang sesuai dengan anda. Ada pendapat mengatakan warna kuning sangat sesuai sebagai warna dapur. Kalau pilih kuning biarlah yang tidak terlalu terang. Kuning butter mungkin lebih sempurna.

Followers